Friday, March 14, 2008

AGENDA PERKAUMAN DAP TERSALAH CATUR??

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang berani memilih untuk berubah! Sungguh tidak ku sangka, ular lidi menjadi naga! Keputusan pilihanraya ke 12 telah membuktikan bahawa 1 undi anda amat berharga dan mampu mengubah keadaan. Syabas kepada pengundi-pengundi di Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

Peperangan telah selesai, kini pemimpin-pemimpin rakyat mempunyai tugas yang lebih besar iaitu untuk memerintah dengan adil, telus dan amanah.

Satu mesej yang jelas telah dihantar kepada BN oleh rakyat. Rakyat telah mengembalikan semula kuasa kepada rakyat!”


Rakyat Malaysia tidak membuat apa2 perubahan, mereka masih mengekalkan BN sebagai Kerajaan Malaysia. Di Kelantan rakyat masih mengekalkan PAS sebagai kerajaan sejak 18 tahun yg lalu, pun tiada perubahan! Perubahan hanya berlaku pada rakyat di Kedah, P.Pinang, Perak dan Selangor.

Itu adalah hakikat yg tidak boleh dinafikan.... pilihan rakyat

Apa yg ingin dikongsi bersama ialah kesan dari keputusan perubahan pimpinan di 4 negeri tersebut, Kedah, P.Pinang, Perak dan Selangor. Kesan kepada negara:
1) Pasaran saham jatuh melebihi 100 mata
2) Pelabur akan hilang keyakinan dan mengalihkan pelaburan ke negara spt China, Vietnam dan lain
3) Perancangan pembangunan akan dikaji semula dan akan melambatkan pertumbuhan ekonomi seperti pembinaan jambatan P.Pinang, landasan keretapi berkembar dan koridor ekonomi pantai barat. Walaupun diteruskan, tetapi pasti lambat sebab masalah kelulusan tanah dan birokrasi kerajaan negeri (yg dikuasai oleh pembangkang) yg terlibat.
4) Penghijrahan pendudukan akan berlaku (nanti akan dihuraikan)Kesan kepada negeri (yg dikuasai oleh PAS, DAP & PKR)

Kedah & Perak :: Rakyat Negeri Kedah & Perak tidak pernah merasai bagaimana corak pentadbiran PAS. Jika PAS mengikuti corak pentadbiran seperti di Kelantan, maka rakyat Negeri Kedah & Perak akan dikejutkan dengan perbagai pindaan undang-undang. Bolehkan rakyat menerima perubahan secara mendadak? Dapatkah kaum Cina dan India menerima perubahan tersebut? Sama-sama kita lihat nanti.

Anda tentu tertanya, kenapa Negeri Kelantan boleh ‘survive’ sekian lama di bawah pemerintahan PAS? Kenapa rakyat Kelantan tidak memilih BN jika betul pemerintahan PAS tidak sesuai dengan masyarakat majmuk?

Sekarang cuba bertanyakan soalan ini..

Kenapa Terengganu yg pernah diperintah PAS, tetapi tidak bertahan lama? Adakah rakyat negeri Terengganu kurang darjat keislaman berbanding rakyat Kelantan sehingga tidak memilih PAS lagi?

Sebenarnya rakyat Kelantan masih utuh kepada PAS kerana kelemahan BN Kelantan. Buktinya, BN pernah memerintah Kelantan suatu masa dahulu. Walaupun pentadbiran PAS tidak pernah membantu rakyatnya dari segi ekonomi, namun rakyatnya tetap ‘survive’ dengan hasil usaha sendiri seperti berniaga dan lain-lain.

Selain dari itu, ramai rakyat Kelantan berhijrah ke negeri lain untuk mencari rezeki bilamana ruang rezeki di negeri sendiri terhad, sejak pemerintahan PAS. Hasil rezeki tersebut di bawa balik ke Kelantan. Dari itu tidak hairan kenapa rakyat Kelantan boleh ‘survive’ walaupun diperintah oleh PAS. Persoalan sekarang, adakah rakyat Negeri Kedah dan Perak sedia berbuat demikian? Adakah rakyat kedua-dua negeri tersebut terutama bangsa Melayu menjadi sepertimana budaya rakyat Negeri Kelantan, berniaga dan sanggup berhijrah? Bolehkah rakyat negeri tersebut menandingi rakyat Kelantan untuk berniaga di tempat lain?


P. Pinang :: Sekarang DAP memerintah. Siapa DAP? Apa agenda utama DAP di dalam politiknya? Jika dahulu GERAKAN dan MCA boleh menerima nasihat UMNO sebagai rakan BN untuk mentadbirkan P.Pinang, sekarang ini dapatkah DAP menerima nasihat PKR atau PAS untuk mentadbirkan P.Pinang? Itulah persoalannya sekarang. Jika PKR atau PAS tidak dapat mengawal DAP maka amat malang sekali rakyat berbangsa Melayu P.Pinang.

Saya yakin, tiada lagi perkataan ‘Malay Reserve’s’ kedengaran di Pulau Mutiara. Tanah, kubur, bangunan Melayu akan terancam. Malah nama jalan mungkin akan bertukar! Kita sama-sama tengok walaupun saya minta jgn terjadi begitu.

Kesan seterusnya, apabila bangsa Cina dan India tidak dapat menerima perubahan di Negeri Kedah dan Perak akan berhijrah ke P.Pinang secara besar-besaran. Tentu mereka akan berbuat demikian bila perniagaan karoke, club malam, live band, arak, judi dan sebagainya di larang di Kedah dan Perak (jika PAS negeri tersebut mencontohi pentadbiran Negeri Kelantan). Apakah mereka akan menukar perniagaan? Tentu tidak. Mereka akan berhijrah ke negeri lain dan semestinya P.Pinang akan menjadi tumpuan mereka.

Penghijrahan mereka secara besar-besaran akan memberi impak kepada kenaikan hartanah, sewa bangunan dan kos sara hidup turut meningkat. Bolehkan orang Melayu di P.Pinang menanggung beban tersebut? Dan kepada yg tidak sanggup menanggung beban tersebut akan berpindah ke tempat lain, ke kampung. Maka tinggallah bangsa Cina dan India di Pulau Mutiara tersebut dengan gaya hidup mereka. Orang Melayu cuma jadi kuli angkat barang, jaga pintu kelab malam atau GRO untuk layan nafsu kaum Cina dan India! Makin kuat jadinya DAP di situ.

Akhirnya DAP Dapat Ambil Penang! Entahlah.. itu satu andainya yg sekiranya tidak dibendung oleh UMNO atau BN, begitulah akhirnya, pasti!

Selangor :: Apa yg PKR nak buat belum pasti. Apakah PKR akan meniru corak pentadbiran BN? Atau bagaimana, saya belum tahu sebab PKR belum pernah memerintah. Tiba-tiba sahaja dapat memerintah sebuah negeri yg maju dan makmur. Contohnya, seperti… tiba-tiba saya diberi memandu sebuah kapalterbang!! Eheheh saya tahu apa yg pilot buat untuk mengendalikan pesawat tersebut, tapi saya tidak pernah buat!

Begitulah risiko rakyat Negeri Selangor seperti mana risiko penumpang sebuah kapalterbang yg akan dikendalikan oleh orang yg belum pernah pandu kapalterbang. Minta-minta jangan jatuh terhempas, berkecai apa yg telah dimiliki selama ini. Bukan senang untuk membina semula. Begitulah sedikit sebanyak apa yg saya fikirkan mengenai masa depan politik negara kita, Malaysia. Cakap semua senang. Lagi sedap bercakap lagi ramai pengikut!

Cuma satu saja yg saya ingin katakan, ‘lalat memang suka kepada benda-benda busuk’ Cuba amati rangkap ini.

Kesan kepada BN? UMNO?

UMNO sebagai tulang belakang BN menyedari beberapa isu tidak ditangani dengan cekap spt isu kaum India, isu kempen DAP (undi Gerakan, MCA atau MIC sama seperti mengundi UMNO kerana Gerakan, MCA atau MIC adalah sebenarnya kuda UMNO), isu harga barang dan isu pemberian kontrak kepada golongan tertentu sahaja. UMNO menyedari isu ini tetapi belum sempat memperbetulkan keadaan, pilihanraya dibuat. Inilah kesannya... Watak-watak spt KJ, salah letak calon dan sebagainya mula dilihat oleh UMNO. Rakyat telah memberi 'hint' kepada UMNO apa yg telah berlaku tidak disenangi. Jadi UMNO patut mendalami isu tersebut supaya rakyat kembali kepada BN. Kelemahan ini diambil kesempatan oleh pembangkang lalu beginilah kesudahannya.

Apa-apa pun kita tunggu pemilihan Majlis Tertinggi UMNO akan datang utk melihat masa depan UMNO itu sendiri.

Jangan Pak Lah jadi Pack Lah sudah lah....

Sekadar pandangan........
jom nyanyi ramai2...



Anak kecil main api,

Terbakar hatinya yang sepi,

Air mata darah bercampur keringat,

Bumi dipijak milik orang.



Nenek moyang kaya raya,

Tergadai seluruh harta benda,

Akibat sengketa sesamalah kita,

Cinta lenyap di arus zaman.



Indahnya bumi kita ini,

Warisan berkurun lamanya,

Hasil mengalir ke tangan yang lain,

Peribumi merintih sendiri.



Kita rumpun bangsa Melayu,

Menganut agama yang suci,

Semangat bangsa berlandaskan Islam,

Teras capai kemerdekaan.




Masa depan sungguh kelam,

Kan lenyap peristiwa semalam,

Tertutuplah hati terkunci mati,

Maruah peribadi dah hilang.



Kini kita cuma tinggal kuasa,

Yang akan menentukan bangsa,

Bersatulah hati, bersama berbakti,

Pulih kembali harga diri.



Kita sudah tiada masa,

Bangunlah dengan gagah perkasa,

Janganlah terlalai teruskan usaha,

Melayu kan gagah di nusantara....

No comments: